apabila seseorang tu buat salah. mesti ada orang yang akan pandang serong kepada orang yang buat salah itu. tak kiralah besar atau kecil masalah yang ditimbulkan. kata-kata luahan yang buruk akan menjelma untuk mereka yang bersalah. secara tidak langsung akan membuatkan seluruh sesuatu komuniti itu akan terus menganggap kesalahan yang dibuat adalah seperti masalah negara. LOL. sempit betul pemikiran manusia sebegini. kalau nak berkata-kata tu. kaji selidik dulu. jangan main hembus je. tengok kiri kanan atas bawah depan belakang. agak-agak dah tahu hal sebenar. barulah boleh membuka mulut seluas mana yang dimahukan.
tapi..
kadang-kadang. yang aku tak faham. orang tak buat salah pon dipandang serong. WTH ? apa kesalahan mereka sampai diperlakukan sebegitu sekali ? bunuh anak kucing ? curi pakai WIFI orang ? makan biskut tanpa kebenaran ? Allah telah mengurniakan otak kepada setiap manusia yang hidup di muka bumi ni. kalau ada otak saja tak guna kalau tak ada akal. kalau dah ada akal tu pandai-pandailah fikir yang mana baik atau buruk. jangan main tuding jari je. tengok betul-betul yang mana betul dan salah.
No comments:
Post a Comment