bukan aku yang kalah. tapi Datuk Lee Chong Wei. Olimpik memang tak dapat. Sukan Asia membuatkan Datuk LCW terus kempunan untuk merasai emas si peringkat tertinggi. apa-apa pun Datuk LCW telah berusaha keras dalam perlawanan tersebut. Tahniah kepada Datuk LCW. anda telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Berusaha lebih keras lagi.
ini keputusannya.
Set pertama
Lee Chong Wei (13) - (21) Lin Dan
Set kedua
Lee Chong Wei (21) - (15) Lin Dan
Set ketiga
Lee Chong Wei (10) - (21) Lin Dan
ulasan aku tentang game tadi.
mungkin Lin Dan sengaja memberi kemenangan kepada Datul LCW dalam set kedua tadi. strategi ini banyak digunakan dalam permainan sepak takraw. pemenang set pertama selalunya akan bermain dengan perlahan untuk mengumpul tenaga untuk bermain dalam set ketiga. secara tidak langsung pemain yang kalah dalam set pertama tadi akan berhempas pulas untuk menang set kedua dan kehabisan tenaga untuk set ketiga.
itu hanya tanggapan aku. bukanlah benar semata-mata. mungkin Lin Dan ada strateginya yang tersendiri.
tetapi yang merunsingkan aku...
apakah punca kekalahan Datuk LCW ? adakah ketiadaan Bik Mama ? makan sambal belacan lebih ? raket bocor ? reput ? oh tidak. bagi aku Lin Dan terlalu hebat untuk Datuk LCW. pingat perak sudah memadai dari tiada apa-apa langsung. tapi naluri aku mengatakan bahawa Datuk LCW masih lagi menyimpan hasrat untuk membenam Lin Dan untuk menjadikan status pemain nombor 1 dunia sebagai suatu yang bermakna untuk dirinya.
*sekali lagi sekalung tahniah kepada Datuk LCW kerana meraih pingat perak. cuba dengan lebih keras lagi dalam tournament akan datang.
No comments:
Post a Comment