Sunday, November 21, 2010

Duit Palsu ?

erghhh. blurppp. kenyang. sangat kenyang. baru lepas makan tadi. layan fulham lawan manchester city. damn ! menang pula si manchester city ni. tapi entry kali ni bukan nak bercerita tentang bola. ini bukan sambungan dari My Drug. masa layan bola tadi supervisor kedai tu datang kat aku. dia bertanyakan tentang duit yang dia terima dari pelanggan. dia berasa was-was tentang kualiti duit itu. aku pon jawab je la apa yang aku tahu tentang duit palsu. aku juga berasa was-was tentang rupa duit tu.


so, entry kali ini, aku nak menceritakan serba sedikit tentang duit palsu. apa yang kawan-kawan tahu tentang duit palsu ? bagaimana ia dipalsukan ? apa yang boleh aku ceritakan di sini ialah bagaimana korang nak check sama ada duit korang tu palsu or not.


gambar di bawah ini adalah contoh duit kertas baru RM50 yang baru dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ( BNM ) sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke50. sebanyak 20, 000 keping telah di keluarkan pada masa ianya dilancarkan. di jual kepada setiap cawangan BNM di seluruh Malaysia berserta maklumat dan ciri-ciri keselamtan pada duit RM50 tersebut.


so korang masih lagi rasa ragu tentang duit RM50 yang korang miliki ? ini dia serba sedikit tentang duit original dan palsu. perhatikan betul-betul duit palsu tersebut. terdapat beberapa kekurangan apabila dibandingkan dengan duit yang baru.


Bahagian depan
Bahagian belakang
see. korang sendiri dapat bandingkan antara yang orignal dan yang palsu. kalau aku sendiri pon takut untuk menggunakan duit palsu ni. dah la nampak sangat palsu. elakkan kena cekup dengan polis je. ish. tak sanggup aku.


untuk mengetahui lebih lanjut tentang duit palsu. KLIK SINI.



tapi ada lagi yang lebih meragukan aku. musykil aku. duit ni bila release ? tak pernah dengar pun info pasal duit ni. tengok ni.







apabila gambar dalam duit kertas bercakap.

"ini bukan cubaan, ini betul-betul kejadian"

2 comments:

E.d.Y said...

kene check skrg ni

xFRDSx said...

itu la. tak bleh main amik je duit ni. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...