Saturday, November 20, 2010

my drug.


drug ? dadah ? jangan salah fikir pula. bukanlah dadah yang pure tu. dalam entry kali. aku nak menceritakan. apa yang menjadi "dadah" dalam hidup aku dan apa yang aku gilakan sangat tentang "dadah" aku ni. bagi orang ketagih pure dadah yang di luar sana, tukarlah dadah anda kepada dadah yang lebih sihat dan bagus untuk otak anda. kerana bak kata awie "dadah adalah musuh negara". "dadah" yang aku maksud kan kat sini ialah my favourite all-time MUSIC and FOOTBALL. boleh juga ditafsirkan sebagai hiburan untuk aku. di kala aku dilanda masalah, aku perlukan "dadah" untuk mengubati segala luka di hati aku.


MUZIK.

seriously. aku minat gila-gila kat hardcore. metal hardcore. punk hardcore. melodic hardcore dan apa segala jenis hardcore la. aku memang ketagih la dengar lagu hardcore ni. bagaimana hardcore boleh muncul dalam hidup aku. semuanya bermula dengan FAUZAN LOKMAN. kerana dialah yang membawa hardcore ke dalam hidup aku. sampai sekarang aku tak boleh tinggal hardcore ni. kalau orang sedang frust. for sure dia akan dengar lagu jiwang karat yang habis karat ah. tapi aku tak. aku dengar hardcore. pelikkan ? tapi aku sudah biasa dengan semua ni. aku cerita kat orang. orang cakap aku gila. haha. its ok. tepuk dada tanya selera la kan. masing-masing ada taste sendiri. tak kan sama macam aku kot. actually, kalau aku la kan. memang makin frust ah bila dengar lagu jiwang karat ni. makin teruk frust aku nanti. haha. kita balik kepada hardcore. kebanyakan band hardcore yang ada kat melaya ni, aku paling adore gila kat RESTRAINT, CASSANDRA dan SECOND COMBAT. they are totally mad about hardcore. memang best ah. ada lagi 1 local band yang baru nak meningkat naik. MASSACRE CONSPIRACY. local band pon boleh tahan. sampaikan satu tahap aku buat ringtone untuk alarm kat handphone aku. haha. mana tak nya. sekali depa jerit. mau nya aku tak bangun. haha. untuk band luar pula. aku memang minat gila kat PARKWAY DRIVE. AS BLOOD RUNS BLACK. COMEBACK KID. AS I LAY DYING. MY CHILDREN MY BRIDE. I KILLED THE PROM QUEEN. banyak lagi ah. depa ni lagi gila. sekali jerit. memang awesome ah. haha.








ok. cukup tentang muzik. itulah "dadah" aku. cukup untuk entry kali ini and i'll continue later about football in the next entry. so. teruskan mengikuti blog aku yang tak berapa cool ni. see u later guys.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...