jawa mari. haha. sory lama tak update. keje banyak. hal kolej lagi. haishhh. penat. hari ni aku nak bercerita sikit pasal makanan. ada sape penah dengar 1 makanan ni namanya GENEMEN. mesti tak ramai yang tahukan ? haaa. genemen ialah salah 1 resipi dari jawa. kadang-kadang. penat aku bercerita kat kawan-kawan aku, pensyarah aku. diorg sume tak tau apa itu genemen. geneman boleh juga dipanggil BUNTIL. aku cakap buntil lagi la ramai orang tau. sedap sehh. seriously. memang sedap. sehingga menjilat jari. haha. genemen ni rupanya seperti botok-botok. aku sure ramai yang tau botok-botok tu. ikan yang dikukus dengan pucuk ape ntah dibungkus dengan daun pisang. tapi bila aku cakap genemen. ramai yang terpinga-pinga. haha. tak pe. kalau ada reziki aku bwk kan utk korang ye. haha
ini resipi GENEMEN.
ini versi ikan ye akak-akak.
versi ayam sy tak jumpa resipinya.
ok akak-akak di rumah. sila ambil pen dan kertas. sila salin ye resipi ni. haha
bahan-bahanya :
1/2 biji kelapa parut putih yang muda dan basah
10 biji cili padi - jika suka pedas boleh di tambahkan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segengam ikan bilis - rendam
2 inci kunyit , sedikit lengkuas
1 c.makan ketumbar + secubit jintan putih (yang halus)
1 c. teh pes asam jaw
1/2 c.teh garam
2 ekor ikan masin kembung - potong 2
12 helai daun keladi muda yang belum kembang besar
Cara :
1. Tumbuk cili padi, garam, bawang2 , kunyit, lengkuas, ketumbar jitan dan ikan bilis sampai lumat..
2. Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut , tambah sedikit isi asam jawa (buang bijinya) .
biarkan sebentar.
3. Ambil 2 helai daun keladi dan isi dengan sebahagian kelapa tadi. ambil sehelai daun lagi dan
bubuh lagi sedikit kelapa dan ikan berselang2- buat 3/4 lapis (kalau rajin)..
4. Lipat kiri dan kanan daun keladi ke dalam bersama-sama seperti melibat tepi kuih dadar
dan gulung kemas. Pastikan isi bunti tidak terkeluar-keluar . Jika kurang kemas tambahkan
helaian daun di bahagian luar. Ikat gulungan buntil dengan tali rafia pada beberapa bahagian.
Buat hingga habis.
Didihkan air dan bila mendidih masukan buntil dan rebus selama 2 jam dengan api sederhana dan kepingan daun keladi menjadi lembut.
Angkat dan hidangkan.
Untuk versi geneman - buangkan ketumbar jintan dan ganti dengan 4/5 biji isi temukunci.
balut dengan daun pisang dgn gaya tapai dan dikukus semala 2 jam..Angkat dan hidang. [
Selamat mencuba...
kepada akak-akak kat rumah. boleh mencuba resipi sy pada hari ini.
*haha. da mcm chef wan da. haha