Saturday, December 11, 2010

Keliru


seharian aku memikirkan tentang masa depan aku yang kelihatan samar-samar. indah dunia yang semakin menjauhi diriaku. kemana harus aku tujui ? di persimpangan yang membuatkan aku rebah untuk aku memilih jalan yang boleh mengubah seluruh hidup aku. kenapa semua ini berlaku ? aku tak minta hidup aku di perlakukan begini. keputusan yang aku buat selepas ini bakal menentukan segalanya. sama ada aku akan menjadi orang yang mempunyai hidup atau pun orang mati di tengah jalan. semuanya susah untuk aku tentukan.


keluarga aku. aku sayang mereka semua. tetapi mengapa aku tak dapat seperti yang aku impikan. aku sedar akan kemampuan aku. aku bukan budak genius. aku bukan budak pandai. aku hanyalah aku. aku hanya mampu menjadi aku. aku perlukan dorongan yang mampu untuk aku meneruskan hidup kelak. tetapi. aku terima pandangan orang di sekeliling aku. mereka berkata. "hidup bagaikan roda". kita tak kan selamanya duduk di atas atau di bawah. tapi aku merasakan aku belum lagi rasa hidup di atas.


risiko. aku sangat takut dengan risiko. risiko membuatkan hidup aku menjadi tak tentu arah. keliru untuk membuat keputusan. adakah memang begini takdir aku ditentukan ? Hmm. aku takut untuk mengambil risiko. takut untuk mengguriskan hati di sekeliling aku. takut untuk menghadapi situasi yang aku tak inginkan. aku juga benci situasi yang membingungkan. kenapa semuanya terjadi kepada aku ? aku sendiri benar-benar tidak memahaminya.


jika benar takdir aku sebegini. aku terima dengan redha. tiada siapa lagi mampu aku mengadu kepada. hanya Allah. Yang Maha Mengasihani.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...