Sunday, December 5, 2010

Kecewa

pada pukul 2.30 petang. Disember 6 2010. hari yang amat mengecewakan aku. peluang aku yang terakhir untuk tambah carrymark subjek Pengaturcaraan Penyelidikan Operasi (PPO) hancur begitu sahaja. aku sendiri tak dapat nak cari sebab apa aku tak boleh menjawab Ujian 3. bukannya aku tak pernah belajar semua tu. tapi. aku sendiri tak tahu mengapa. adakah aku terlalu yakin untuk mengambil ujian tersebut ? aku berasa sangat kecewa. hmm.


aku tak pernah menyalahkan sesiapa. tetapi aku salahkan diri aku sendiri. semuanya berpunca dari diri aku sendiri. apakah Allah ingin menyedarkan aku tentang sesuatu ? apakah semua ini akan menjadi titik akhir bagi aku ? satu huraian yang aku tak dapat nak ungkapkan. semuanya hilang begitu sahaja. tidak ada penjelasan yang jelas untuk aku jelaskan tentang semua ini. peluang itu datang dan pergi. jika kita tidak menghargainya, kita akan berasa kerugian.

hanya itu yang mampu aku ungkapkan untuk kali. kepada pensyarah aku, aku memohon seribu kemaafan jika aku ada salah bahasa atau melukakan hati dia. kerana itu sahaja yang aku mampu lakukan untukmu. segala pengorbanan mu amat aku hargai. walaupun diri mu pernah mengalirkan air mata kerana anak murid mu ini, sampai syurga nanti aku tidak akan melupakan jasamu. kerana dirimu telah membentuk diriku untuk menjadi seorang yang menyedari bahawa ilmu begitu penting dalam kehidupan dunia dan akhirat.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...