Friday, November 25, 2011

emak.

aku sayang mak aku. tapi kenapa tidak pernah sekali aku ungkapkan ucapan itu pada mak aku. aku teringat segala pengorbanan beliau untuk membesarkan aku. sarat mengandungkan aku. penat lelah membesarkan aku. tanpa mengeluh sedikit pun. kadang-kadang aku pernah terfikir untuk mengucapkan aku sayang pada mak aku. tapi aku rasa malu. sekadar mengucapkan dalam hati. tidak pernah pun sekali ianya keluar dari mulut aku. *sigh



Thursday, November 24, 2011

ini bukan cubaan.

assalamualaikum.

gua rasa hidup gua berada dalam kritikal. entah. gua tak tau apa yang kritikal. tapi hati gua rasa macam tu. haishh. dup dap dup dap. hari tu baru lepas kemalangan. nasib baik gua dapat elak dari tercedera. fuhh. syukur syukur. apa-apa pun gua tak nak cakap banyak. gua pun tak tahu nak cerita apa. sebenarnya banyak gua nak cerita tapi tak tau mana satu nak mulakan. serabut kepala gua ni. by the way syabas kepada pasukan Harimau Muda kerana memenangi pingat emas untuk bola sepak Sukan Sea di Indonesia baru-baru ni. tapi kalah pada Syria pula untuk kelayakan Olimpik London. ok. itu saja. jumpa lagi.

selamat tinggal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...